ROMPIN. 01 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah menyerahkan kit kelengkapan ibadah kepada seorang saudara baharu yang telah mengambil keputusan untuk melafazkan dua kalimah syahadah di sini pada hari ini. Saudara baharu ini akan terus dipimpin oleh Guru Briged Dakwah Majlis Ugama Islam Dan adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah dilantik dan juga dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, serta Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM, daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada Saudara Baharu ini untuk terus kekal di dalam Agama Islam sehingga ke akhir hayat beliau.