PEKAN. 28 September 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan modal peralatan kepada Encik Abdul Halin Bin Jaafar di Perumahan Komuniti Bersepadu Kuala Pahang berupa sebuah generator dan set lampu. Bantuan ini diperlukan beliau yang merupakan seorang nelayan bagi memudahkan urusan di laut terutamanya untuk mencandat sotong pada waktu malam. Pentadbiran ini mengharapkan dengan adanya bantuan ini akan dapat membantu usahanya menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan diri dan keluarganya.