TEMERLOH. 19 September 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menyampaikan bantuan bencana ribut kepada mangsa mangsa dari kampung Pamah Kasih, kampung Paya Luas dan kampung Dato Ahmad Shariff. Bencana ribut yang berlaku pada 29 Ogos 2018 yang lalu telah menyebabkan berlaku kerosakan pada atap rumah di beberapa buah kampung, ada yang mengalami kerosakan kecil, sederhana dan kerosakan besar. Seramai 26 orang keluarga yang terlibat dengan bencana tersebut telah menerima bantuan keewangan zakat berdasarkan kerosakan yang dialami mereka. Penyerahan bantuan di buat pada ziarah rumah ke rumah mangsa dan bagi kampung yang ramai mangsa, penyerahan di buat di surau. Semoga dengan bantuan tersebut dapat membantu beban keewangan mangsa dalam proses baik pulih semula kerosakan rumah mereka.