MUADZAM SHAH. 20 September 2018 – 3 orang anak kepada Hamizan bin Dod yang belajar di Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis telah melafazkan syahadah bersama pihak MUIP yang disaksikan oleh GPK serta beberapa orang guru sekolah tersebut. Manakala bapa mereka, Encik Hamizan telah terbuka hatinya untuk memeluk Agama Islam dan telah melafazkan syahadah di pejabat MUIP Cawangan Muadzam Shah pada 18 September yang lalu.