ROMPIN. 13 September 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan bencana ribut berjumlah RM 8000 kepada 40 buah keluarga di Kampung Sungai Puteri, Rompin. Majlis penyerahan yang dijalankan secara ringkas itu diadakan di balairaya kampung berkenaan.