ROMPIN. 14 September 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan zakat pelajar miskin berjumlah RM 9900 kepada 99 orang penerima dari SMK Sungai Puteri, Rompin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, disusuli dengan Tazkirah oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Rompin, serta penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar berkenaan juga oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Rompin.