CHENOR. 04 September 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Chenor telah mengadakan sukan dan ziarah dakwah di perkampungan orang asli paya taman Chenor. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dengan agensi-agensi kerajaan, swastar, NGO yang berhampiran dengan perkampung tersebut. Diantara aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlansung ialah ziarah rumah ke rumah serta sukan rakyat dan pertandingan merwarna bagi kanak-kanak. Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Chenor (PAID), penggerak masyarakat orang asli (JAKIM), JAKOA Maran, Program berjalan dengan jayanya sebagaimana yang telah ditetapkan.