PEKAN. 04 September 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada Encik Razali Bin Ludin di Kampung Bukit Udang. Kejadian ribut yang berlaku pada 2 September,2018 (Ahad) sekitar jam 6.00 petang itu telah mengakibatkan kerosakkan teruk dibahagian atap. Namun begitu tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku kepada penghuni rumah. Bantuan ini diberikan bertujuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa dan diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membaiki kerosakkan serta yang berkaitan.