ROMPIN. 27 Ogos 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan zakat peralatan kepada asnaf, Encik Saharidan Bin Mat Jam dari Kampung Hijrah, Sepayang, Rompin. Beliau menerima bantuan peralatan berupa peralatan kimpalan / welding serta beberapa set gerudi / drill yang bernilai RM 2500. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh asnaf berkenaan untuk meningkatkan pendapatan beliau demi untuk menyara keluarga.