ROMPIN. 30 Ogos 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menganjurkan Program Penghayatan Korban di Kampung Orang Asli (KOA) Kemendul, Rompin. Program ini telah mendapat kerjasama dari Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Persatuan Pelajar Islam Kolej Komuniti Rompin, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Rompin, serta Guru Briged dakwah MUIP Daerah Rompin. Program ini merupakan suatu pendedahan kepada Masyarakat Orang Asli di KOA Kemendul tentang kaedah-kaedah sembelihan binatang serta ibadah korban menurut Islam yang disampaikan oleh penceramah jemputan PU Mizi dari Bahagian Dakwah JAIP. Daging-daging sembelihan dari program berkenaan turut diagihkan kepada setiap keluarga masyarakat Orang Asli di Kampung berkenaan, untuk mereka merasai sendiri bagaimana daging dari binatang yang disembelih menurut kaedah Islam. Disamping memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli setempat berhubung dengan kaedah sembelihan dan ibadah korban menurut Islam, Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keindahan Agama Islam kepada mereka melalui kaedah sembelihan binatang serta Ibadah Korban.