PEKAN. 07 Jun 2018 – bersamaan 22 Ramadhan 1439H. Telah dianjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan Menyambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Pekan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan . Seramai 82 orang dan 109 tangunggan yang terdiri daripada asnaf muallaf. Manakala seramai 116 ketua keluarga dan 196 tanggungan daripada saudara muslim asli.Program agihan ini merupakan program tahunan khusus bagi saudara Baharu dan saudara muslim peringkat Daerah Pekan bersama Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) merangkap Pendaftar Muallaf Negeri Pahang. Dalam ucapan beliau, beliau merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Selain itu, beliau berharap sumbangan yang diberikan dapat member manfaat dan digunakan sebaik mungkin. Majlis penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan. Jumlah keseluruhan peruntukan bagi Daerah Pekan bagi asnaf muallaf dan fakir miskin saudara muslim termasuk tangunggan ialah sebanyak RM 89,900.00.Turut hadir dalam program ini adalah Yang Hormat Dato Haji Halidan bin Daud Pengurus Pusat Kutipan Zakat Pahang,Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussin, Setiausaha (MUIP) Pegawai Pegawai Kanan MUIP.Sekalung penghargaan kepada semua agensi yang terlibat iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Pekan, Pejabat Agama Islam Daerah, Pegawai-Pegawai Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan, Polis Diraja Malaysia, Pengurusan Air Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Guru Briged Dakwah Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Asli, Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Kemajuaan Islam Malaysia.Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam menyebarkan dakwah dan meninggikan syiar Islam di bumi Pahang khususnya.