ROMPIN. 11 Jun 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan peralatan kepada penerima iaitu Encik Abdullah bin Sudin dari Kampung Jawa. Asnaf berkenaan menerima bantuan berupa peralatan nelayan seperti pukat, batu timah, tong, serta tali yang bernilai RM 1500. Semoga dengan bantuan seperti ini dapat membantu golongan asnaf untuk meningkatkan pendapatan mereka seterusnya mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan.