PEKAN. 24 Mei 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada Encik Abd Aziz Bin Kasim di Perumahan Taman Sepekan Jaya. Kejadian kebakaran yang berlaku pada 22 Mei,2018 dan disedari olehnya sekitar jam 1.30 pagi itu adalah berpunca daripada litar pintas serta telah mengakibatkan kerosakkan teruk di bahagian dapur. Namun begitu kebakaran dapat dikawal daripada terus merebak dengan tindakan pantas memadamkan kebakaran dengan kerjasama jiran tertangga sebelum ketibaan pihak bomba. Dilaporkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku cuma kecederaan kecil dibahagian tangannya ketika mana usaha untuk memadamkan api yang sedang marak menyala dilakukan. Diharapkan bantuan yang dihulurkan ini dapat membantu mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung terutamanya ketika bulan Ramadan dan bagi persiapan menyambut hari raya yang akan datang.