TEMERLOH. 13 Mei 2018 – Tadika Pintar Al Quran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Daerah Temerloh telah mengadakan Ihtifal Sukan Tahunan bagi tahun 2018. Program sukaneka ini di adakan di perkarangan Tadika Pintar Al Quran Temerloh. Sukaneka ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Tadika PQ Muip yang bertujuan melahirkan murid murid yang aktif dan cerdas dari segi jasmani. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa seterusnya aktiviti senam arobik murid murid bersama ibu bapa dan guru. Sukaneka tahun ini berbeza berbanding tahun 2017 kerana pada tahun ini di wujudkan rumah sukan bagi setiap murid. Sebanyak 5 buah rumah sukan yang bertanding dalam sukaneka kali ini iaitu rumah biru, hijau, merah,kuning dan ungu. setiap rumah diwakili oleh dua orang guru dan 6 orang murid. Antara acara yang dipertandingkan antaranya adalah lari dalam guni, susun tin,tarik upih pinang, kaki gajah, lumba lari dan lumba kuda. Tidak dilupakan juga acara bagi ibu bapa iaitu letop belon, jaring bola dan tarik upih pinang. Majlis sukaneka ini di rasmikan oleh Pengerusi Tadika PQ Temerloh merangkap Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Daerah Temerloh, Ustaz Mohd Faitullah bin Saadon. Program ini berakhir pada jam 1.00 tengahari yang diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dan juga jamuan makan tengahari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ibu bapa murid murid yang memberi sokongan penuh dalam menjayakan Ihtifal sukaneka Tadika PQ Muip Temerloh pada kali ini.