PEKAN. 13 Mei 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alor Ara, Pekan telah mengadakan program jejak asnaf di sekitar Kampung Alor Ara,Pekan. Program ini diadakan bagi melihat sendiri keadaan golongan asnaf dan bentuk bantuan yang boleh disalurkan hasil daripada perkongsian maklumat yang diterima. Sebanyak sepuluh buah rumah telah diziarahi dalam program kali ini dan sedikit sumbangan telah disampaikan.Kerjasama bersama komuniti ini sentiasa diadakan bagi memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu bagi meringankan bebanan yang ditanggung.