ROMPIN. 03 Mei 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah mengadakan satu Program Gotong Royong Membersihkan Surau serta Ziarah Dakwah dan ramah mesra di Kampung Orang Asli (KOA) Jemeras. Selain dari gotong royong membersihkan Surau KOA Jemeras, Sebanyak 30 buah keluarga masyarakat Orang Asli di perkampungan ini telah diziarahi pada program kali ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIP Cawangan Rompin ke arah memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin kepada Agama Islam. Program kali ini turut mendapat kerjasama dari PERKIM Cawangan Rompin, Guru Briged Daerah Rompin, Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Rompin, serta beberapa orang saudara baharu. Semoga Allah S.W.T memberi hidayah-Nya kepada masyarakat Orang Asli di kampung ini.