PEKAN. 03 Mei 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan (PAID), Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan (JAKOA), Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Pekan (PMOA) dan Guru Briged Dakwah Daerah Pekan serta Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) telah bersama-sama menjayakan Program Ziarah Dakwah Dan Pemantapan Aqidah di Perkampungan Orang Asli Seri Bangkong. Program bermula dengan aktiviti ziarah rumah ke rumah sebanyak 119 buah dan seterusnya diikuti dengan pertandingan mewarna kanak-kanak serta acara sukaneka. Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan kehadiran lima orang warga penduduk yang secara sukareka untuk menganut Agama Islam dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara-acara yang telah diadakan. Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat baik daripada warga penduduk dan pengurusan Kampung Orang Asli Seri Bangkong.