PEKAN. 23 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan modal peralatan kepada tujuh orang penerima daripada golongan asnaf yang memerlukan. Peralatan-peralatan yang telah diserahkan antaranya ialah Enjin Bot Sangkut, Enjin Bot Galah, Mesin Mencuci Pakaian, Mesin Pengering Pakaian, Mixer, S/Steel Tea Counter, Peti Sejuk dan Kanopi. Jumlah keseluruhannya bantuan yang telah disampaikan berjumlah RM13,200.00. Bantuan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya bertujuan menjana pendapatan bagi menampung kos keperluan harian.