ROMPIN. 20 Mac 2018 – MUIP Cawangan Daerah Rompin telah menganjurkan Kem Ibadah dan Pemantapan Aqidah Remaja Saudara Baru Orang Asli Daerah Rompin bertempat di Lanjut Beach Resort, Rompin bermula dari 20 Mac 2018 sehingga 22 Mac 2018. Program kali ini melibatkan peserta dari kalangan Remaja Islam Orang Asli dari seluruh Daerah Rompin, seramai 36 orang, bermula dari peringkat umur 12 sehingga 17 tahun. Antara aktiviti yang diadakan dalam program kali ini ialah Latihan Dalam Kumpulan, Riadhah, Sesi hati ke hati bersama dengan fasilitator, serta ceramah-ceramah motivasi dan keagamaan yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan dari Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Guru Takmir Daerah Rompin serta Guru Briged Dakwah MUIP Rompin.