CHENOR. 19 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Chenor telah melaksanakan program ziarah dakwah dan riadah bersama penduduk kampung orang asli paya besar. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara pentadbir agama islam dengan penduduk kampung. program tersebut dapat kerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah Chenor, Penggerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM), Tok Batin KOA Paya Besar dan penduduk kampung. Program tersebut berjalan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancangkan.