PEKAN. 17 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa kebakaran di Kampung Permatang Lembing, Alor Ara, Pekan. Rumah mangsa iaitu Encik Zakiyudin Munziry Bin Zakaria telah terbakar pada 16 Mac 2018 (Jumaat) sekitar jam 3.00 petang dan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kerana melibatkan 80 peratus bahagian rumah. Ketika kejadian berlaku mangsa, isteri dan anaknya tiada dirumah serta kejadian telah disedari oleh jiran yang telah menghubungi pihak bomba bagi mengawal kebakaran. Bantuan yang disampaikan diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa,