CHENOR. 09 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Chenor telah menyampaikan sumbangan bantuan zakat pendidikan kepada 481 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Chenor (SMAC) telah menerima bantuan tersebut. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mobd Isa bin Husain selaku Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Chenor. Sumbangan zakat pendidikan diagihkan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar menampung perbelanjaan persekolahan serta dapat meringankan bebanan ibubapa dalam perbelanjaan anak-anak. Pada majlis penyerahan bantuan tersebut turut hadir Ustaz Jamaluddin bin Mohammad selaku guru hal ehwal pelajar bagi mewakili pengetua yang tidak dapat hadir dalam majlis tersebut.