MUADZAM SHAH. 06 Mac 2018 – Bantuan mesin oksigen disalurkan kepada En Mohd Hafis bin Harom untuk digunakan oleh anaknya, Muhammad Nurhilmi Saiputra yang sangat memerlukan mesin ini selepas menjalani pembedahan berkaitan paru-paru. Beliau bersyukur & sangat berterima kasih kepada pihak MUIP atas pemberian ini. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian seperti ini.