RAUB. 08 Mac 2018 – MUIP Cawangan Raub telah mengadakan satu lawatan Jejak Asnaf siri 3 bagi tahun 2018 di Kampung Paya Baru Batu Talam. Seramai 14 keluarga telah diziarahi dan akan dipertimbangkan cadangan bantuan zakat yang sewajarnya. Turut serta membantu dalam program kali ini ialah Al-fadhil Timbalan Qadhi Daerah Raub , Tuan Amirul Farhan bin Wahi serta Ketua Kampung Kampung Batu Talam Encik Jehor bin Yop.