TEMERLOH. 02 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menyampaikan sumbangan bantuan zakat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al Wosto awal pagi ini. Seramai 393 orang pelajar dari sekolah tersebut telah menerima bantuan zakat pendidikan yang disampaikan oleh Pegawai pegawai dari Muip Cawangan Temerloh. Bantuan tersebut diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak anak. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya.