TEMERLOH. 09 Februari 2018 – Bersamaan 23 Jamadilawal 1439H – Pelancaran Penyampaian Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) Bagi Tahun 2018 telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Turut hadir sama YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, YH Dato’ Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah JAIP, YBhg. Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, KPP Bahagian Pendidikan JAIP dan dif-dif kehormat yang lain. Pada majlis hari ini, seramai 1,064 orang pelajar SMA Al-Khairiah telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 seorang. Sebanyak RM961,000.00 telah diperuntukkan kepada semua pelajar di 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang 2018 dan Tajaan Buku Literasi Bahasa Arab Sebanyak RM110,700.00 yang keseluruhan berjumlah RM1,071,700.00.