MARAN. 08 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Maran dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah ( PAID ) Maran,Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Maran,Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Daerah Maran,Guru Briged Dakwah Daerah Maran telah melaksanakan Program Ziarah Kasih danPemantapan Aqidah di KOA Batu 55.Program bermula dengan ziarah rumah ke rumah sebanyak 31 buah rumah keluarga islam dan diikuti dengan program pemantapan aqidah bagi mereka yang telah menganut agama islam. Selain daripada itu juga diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bertujuan bagi memupuk hubungan mesra dan secara langsung menerapkan pendekatan dakwah secara lebih santai.Program telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.