PEKAN. 21 November 2017 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Majlis Ihtifal 2017 di Dewan Syarahan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Majlis Ihtifal telah dirasmikan oleh Ybhg Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Mohd Ali Bin Mat Dasir Pegawai Zakat Kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan seterusnya menyampaikan Sijil dan Anugerah Kecemerlangan.