PEKAN. 30 Oktober 2017 – Sumbangan Bantuan Bencana oleh MUIP telah disampaikan kepada encik Ibrahim bin Hassan di Kampung Tok Machang, Ulu gali Raub. Kejadian berlaku pada awal pagi itu mengakibatkan keseluruhan rumah milik beliau hangus terbakar. Sumbangan MUIP bernilai RM 2,000.00 telah disampaikan oleh Encik Hazwan Hafiz bin Abdul Jalil, Pegawai MUIP Daerah Raub bertujuan meringankan beban yang ditanggung Encik Ibrahim sekeluarga. Turut disampaikan juga sumbangan daripada Yayasan Istana AbdulAziz (YIA) berjumlah RM 1,000.00 kepada mangsa.