Roslina Binti Musa

Kesempitan hidup Puan Roslina binti Musa telah menjadikan beliau seorang wanita yang gigih melakukan apa sahaja pekerjaan demi sesuap nasi untuk menyara kehidupan keluarga. Berbekalkan kemahiran yang ada dan sedikit wang simpanan, beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuat kek dan kuih-muih untuk pasaran di sekitar Pekan. Prihatin dengan kesungguhan beliau untuk berdikari, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah memberikan bantuan modal peralatan bagi memudahkan beliau mengusahakan perniagaan di samping membantu menambahkan pendapatan. Di samping itu, MUIP turut memberi peluang kepada beliau untuk menyertai Kursus Penghasilan Kuih Tradisional anjuran MUIP – Giatmara dan membiayai kursus Pembuatan Kek bagi menambah kemahiran sedia ada. Setelah mendapat bantuan modal dan kursus kemahiran daripada MUIP, beliau berasa bersyukur kerana pendapatan beliau telah meningkat dan pada masa sekarang memperolehi pendapatan sebanyak RM1,000.00 – RM1,500.00 sebulan.

Bantuan Yang diterima

Ketuhar, Peti Sejuk  Beku dan Mixer ( 1kg ) bernilai RM 3,199.00

produk

Kek dan Kuih Kering

perniagaan

Pengusaha Kedai Makan

Alamat

BB 37, Kampung Pasir Panjang, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur