ROMPIN. 28 Februari 2024 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyantuni dua orang mangsa bencana kebakaran rumah dari Taman Rompin Indah, iaitu Puan Karmila Binti Ramly, 46 serta Encik Ismail Bin Mohd Amin, 66.

Kejadian kebakaran yang berlaku telah mengakibatkan kerosakan yang besar kepada kediaman kedua-dua orang mangsa berkenaan, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Tampil membantu, Pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin telah menghulurkan bantuan segera kepada kedua-dua orang mangsa bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada kedua-dua orang mangsa dan keluarga serta menggantikan ujian yang menimpa mereka dengan nikmat yang lebih baik.