ROMPIN. 28 Februari 2024 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengadakan Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti bertempat di Kampung Rantau Panjang, Rompin.

Program secara berkala ini diadakan bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf yang berkelayakan di kampung berkenaan serta melihat bentuk-bentuk bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan hidup mereka.

Sebanyak 7 buah keluarga dari kampung berkenaan telah diziarahi dalam program tersebut. Selain itu, pihak MUIP juga turut menziarahi 14 buah keluarga dari kampung berkenaan yang merupakan penerima Bantuan Bulanan dari MUIP, bagi mengemaskini maklumat mereka. Program tersebut turut dijayakan oleh urusetia-urusetia dari JPKK Kampung berkenaan.

Penganjuran program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan dari seluruh daerah Rompin seterusnya mengelakkan mereka dari tercicir menerima bantuan zakat.