TEMERLOH. 26 Mei 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah di Masjid Bandar Kerdau Temerloh. Forum ini bertajuk ” Harta Yang Membahagiakan ” .

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ustaz Abdul Majid bin Abd Manaf (Pembantu Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Zakat) seterusnya Ustaz Mohd Faitullah Bin Saadon ( Pengurus Cawangan Daerah MUIP Cawangan Temerloh ) dan satu orang Ust Kamarul Lokman Bin Mohd Perai (Pembantu Tadbir, MUIP cawangan daerah Temerloh) .

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat, kemana harta zakat yang diagihkan dan bagaimana cabaran yang dihadapi dalam mengutip dan mengagihkan zakat.

Forum ini akan diadakan setiap bulan di Masjid-Masjid terpilih di dalam semua daerah di dalam Pahang bagi menerangkan kepada masyarakat setempat. Semoga program ini dapat sambutan oleh rakyat Pahang.

#ForumKhairulUmmah
#KemanaHartaZakatDiagihkan
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat