MUADZAM SHAH. 26 Mei 2023 – Muadzam Shah, 26 Mei 2023 – Selain sebagai pendaftar pengislaman, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga berperanan untuk mengagihkan zakat kepada saudara baharu yang memeluk agama Islam beserta pembawanya.

Saudara baharu yang mendaftarkan diri dengan mengisi borang pendaftaran akan diberikan wang RM500.00 serta satu set keperluan ibadah berupa buku iqra’, buku panduan solat, sejadah serta pakaian.

Hari ini, Penolong Pegawai Dakwah MUIP Cawangan Muadzam Shah menyampaikan wang zakat RM500.00 kepada Cik Hasmah dari KOA Kedaik. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana memilih Agama Islam. Setelah memeluk Islam, tidak menjadi kesalahan untuk bersilaturrahim dengan keluarga yang bukan beragama Islam, namun beliau perlulah berusaha untuk mengamalkan cara hidup beragama Islam.