TEMERLOH. 11 Mei 2023 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu hari ini telah menyerahkan bantuan bencana kepada mangsa kebakaran di Kampung Ulu Ketam, Kerdau.

Sebanyak 1 buah rumah mengalami kerosakan keseluruhan rumah akibat daripada kebakaran yang berlaku pada rabu.

Bantuan kewangan dan sedikit sumbangan barangan makanan asas telah di sampaikan oleh Kakitangan Muip Cawangan Daerah Temerloh kepada mangsa yang terlibat. Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan daripada MUIP dapat meringankan beban buat mangsa.

#caknaasnaf #baitualmalpahang #muiptemerloh #terimakasihpembayarzakat