TEMERLOH. 10 Mei 2023 – Terima kasih atas jemputan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh kerana bersama-sama dengan MUIP Cawangan Temerloh bagi menjayakan Ziarah Aidil-Fitri di KOA Selimbar Felda Bukit Damar. Program serba ringkas ini disajikan dengan tazkirah ringkas oleh Yang Berbahagia Ustaz Shahruwardi selaku Penyelaras Pengimarahan Masjid Daerah (PPMD) Temerloh kepada keluarga Islam yang hadir dalam program tersebut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hamper hari raya kepada semua keluarga Islam. Penyampaian telah disempurkan oleh Ustaz Shahruwardi, PAID Temerloh dan Ustaz Mohammad Alif Najmi, Pegawai Dakwah MUIP Temerloh.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Batin Islam, Fandi Yunus Bin Seman turut hadir memeriahkan program ini sekaligus mewakili batin-batin Islam meraikan keluarga Islam di KOA Selimbar.

#MuipTemerloh #PaidTemerloh # Baitulmalpahang #Terimakasihpembayarzakat