TEMERLOH. 29 Mac 2023 – MUIP Cawangan Temerloh telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Muslim KOA Pian dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.

Majlis berbuka puasa ini diadakan bagi meraikan keluarga Islam KOA Pian dari kalangan asnaf fakir miskin agar wujud hubungan silaturahmi yang lebih erat sesama manusia. Selain itu, dengan penyatuan ini dapat memupuk nilai mensyukuri segala nikmat daripada Allah SWT yang tidak putus dicurahkan kepada hamba-hambaNya.

Alhamdulillah, tazkirah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zohri Bin Jamin, Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Temerloh. Intipati oleh pengisian beliau menekankan betapa pentingnya mentaati perintah Allah SWT, menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim agar sentiasa mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.

Beliau juga berkongsi bahawa sempena Ramadhan tiba, sama-samalah rebut segala ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT agar bertambah keimanan kita kepada Allah SWT.

Di samping itu juga , untuk memeriahkan lagi selain daripada berbuka dan solat jemaah, turut diadakan sesi soal jawab kuiz kepada keluarga Islam dengan beberapa soalan berkaitan ‘Penghayatan Ramadhan’ . Penyampaian hadiah kuiz disempurnakan oleh Pengurus Cawangan Daerah MUIP Temerloh, Ustaz Mohd Faitullah Bin Sa’adon.

Terima kasih diucapkan kepada kakitangan MUIP Cawangan Temerloh dan barisan urusetia kerana bersama-sama menjayakan program ini. Sama-sama kita doakan agar Allah sentiasa mengurniakan rahmatNya dan keredhaanNya kepada seluruh muslimin dan muslimat. Justeru itu , diharapkan ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu. InshaAllah.

#muiptemerloh #paidtemerloh #dakwahpahang #iftarjamaie #modalinsan