BENTONG. 25 April 2022 – Muip Cawangan Bentong telah menyerahkan bantuan Hari Raya kepada penduduk Asli Islam di Kampung Orang Asli Batu 19 Karak. Seramai lima orang mewakili lima keluarga menerima bantuan tersebut. Sumbangan diserahkan oleh Ustaz Juhairi Wafi selaku Pegawai Dakwah bagi Daerah Bentong. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.