BENTONG. 26 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bentong dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bentong telah mengadakan program berbuka Puasa bersama penduduk masyarakat Asli di Kampung Sungai Dua Hulu, Karak. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan kehadiran penduduk Kampung. Majlis diserikan dengan solat fardhu dan terawikh secara berjemaah diimamkan oleh Ustaz Imran dari pejabat agama. Turut diserahkan bantuan hari raya kepada penduduk Kampung oleh Ustaz Juhairi Wafi selaku Pegawai Dakwah bagi Daerah Bentong. Majlis berakhir pada pukul 10.00 malam.