ROMPIN. 17 Ogos 2022 – Bertempat di Bilik Seminar Pejabat MUIP Rompin, pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Saudara Baharu Wanita Daerah Rompin.

Kursus yang berlangsung selama setengah hari ini telah disertai oleh 12 orang peserta terdiri dari kalangan Saudara Baharu Wanita dari seluruh daerah Rompin.

Dalam kursus berkenaan, para peserta telah didedahkan dengan kepentingan, adab-adab serta kaedah-kaedah asas dalam mengurus jenazah oleh penceramah, melibatkan teori beserta amali.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan ilmu serta penghayatan peserta terhadap ajaran Islam, disamping menjadi perintis ke arah usaha untuk melahirkan pengurus jenazah yang berwibawa dari kalangan saudara baharu pada masa yang akan datang.