ROMPIN. 28 Julai 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin dengan kerjasama Unit Teknikal MUIP telah hadir bagi melihat tapak cadangan pembinaan rumah baharu bagi asnaf di Kampung Sepakat.

Kediaman penerima berkenaan, Encik Ahmad Hussin Bin Mohamad, 54 sebelum ini telah terlibat dalam satu musibah di mana keseluruhan bahagian dapur kediamannya musnah dihempap sebuah pokok besar. Tiada tempat lain untuk berteduh, Encik Ahmad Hussin bersama tiga orang anaknya masih menghuni rumah uzur berkenaan dengan memindahkan dapur ke bahagian ruang tamu.

Tampil membantu, pihak MUIP telah meluluskan bantuan bina baharu rumah kepada beliau. Terdahulu, beliau juga telah menerima bantuan bencana segera dari pihak MUIP ketika rumahnya ditimpa bencana dihempap oleh pokok besar.

Semoga proses bina baharu rumah ini berjalan dengan lancar demi untuk memberi tempat berlindung yang lebih selamat kepada Encik Ahmad Hussin sekeluarga.