ROMPIN. 28 Julai 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyantuni keluarga Puan Saerah Binti Haji Ahmad, 56 yang mana suaminya kini terlantar dan tidak lagi mampu bekerja akibat serangan penyakit Angin Ahmar.

Pasangan yang masih menyara dua orang anak yang masih belajar di IPT itu kini hanya bergantung sepenuhnya kepada sumbangan anak-anak yang lain namun masih tidak memadai memandangkan kos keperluan harian untuk suami Puan Saerah sahaja berupa susu khas dan lampin pakai buang mencecah RM 1,000 , tidak termasuk perbelanjaan lain.

Prihatin dengan ujian yang menimpa mereka, pihak MUIP telah meluluskan bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Katil Hospital Tiga Fungsi untuk kegunaan harian suami Puan Saerah serta bantuan bulanan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.

Semoga bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga berkenaan untuk meneruskan kehidupan.