KUALA LIPIS. 20 Jun 2022 – Kelas Bimbingan Fardu Ain yang diseliakan oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) daerah Lipis mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan walaupun jumlah yang hadir sekitar sepuluh orang mualaf.
Kelas ini telah berjalan selama dua bulan setelah bermula pada bulan Mac lalu bagi sesi 2022 dan kelas ini diuruskan sepenuhnya oleh MUIP.
Tenaga pengajar kelas tersebut telah dilantik iaitu Al-fadhil Ustaz Abu Talib dan beliau telah bersama golongan mualaf selain asli ini hampir 5 tahun.
Diharapkan kelas fardu ain ini sentiasa mendapat sokongan dan pihak MUIP sentiasa mengalu-alukan mualaf-mualaf atau saudara baharu untuk turut hadir bersama belajar ke kelas ini.