MUADZAM SHAH. 24 Jun 2022 – MUADZAM SHAH, 24 Jun 2022 – Sebuah katil diberikan kepada seorang asnaf yang terlantar di rumah bapanya yang terletak di Desa Kenanga, Muadzam Shah.
Beliau yang dahulunya sihat, kini tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan dipimpin oleh orang lain. Katil tiga fungsi yang diberikan ini merupakan bantuan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dari sumber zakat.
Pihak MUIP akan mempertimbangkan bantuan lain yang sesuai diberikan kepadanya sepanjang tempoh ketidakmampuan beliau bekerja ketika ini. Juga didoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan sihat sepenuhnya seperti sediakala.