TEMERLOH. 14 Jun 2022 – Sebanyak 30 keluarga telah diziarahi dalam Program Jejak Asnaf di Mukim Bangau Temerloh pada selasa. Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut disertai oleh PERKESO Temerloh dan mendapat kerjasama oleh penghulu dan ketua ketua kampung dalam mukim tersebut.

Antara kampung yang diziarahi dalam Mukim Bangau ini adalah kampong Bukit Resak, Kampung Bangau Tanjung dan Kampung Gau Baru.

Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat.

Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan wang tunai dan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.

#caknaasnaf #muipcawtemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat