TEMERLOH. 14 Jun 2022 – Syukur kepada Allah dan terima kasih Muip buat rumah baru buat saya, kata En Rusman yang merupakan asnaf. Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah membuat penyerahan rumah yang telah siap di bina baru oleh Muip dari peruntukan zakat di Taman Temerloh Makmur, hari ini.

Beliau telah di luluskan bantuan bina baru rumah oleh Muip beberapa bulan yang lalu di atas tapak rumah lamanya yang telah musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan keseluruhan rumahnya musnah.

Kelulusan yang telah diberikan oleh Muip bagi kerja bina baru rumahnya adalah berjumlah RM 60, 000.00 dan telah dilaksanakan oleh kontraktor undian Muip.

Semoga bantuan baikpulih rumah yang di berikan oleh pihak Muip dari peruntukan zakat ini memberi keselesaan untuk berteduh kepada beliau sekeluarga.

#MuipTemerloh #CaknaAsnaf #BaitulmalPahang #TerimakasihPembayarZakat