MUADZAM SHAH. 27 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah mengagihkan zakat kategori bantuan menyambut hari raya aidilfitri kepada penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Kundang, Muadzam Shah.
Agihan zakat yang berjumlah RM8,600.00 itu diserahkan di surau kampung tersebut oleh Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Muadzam Shah. Serahan turut disaksikan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli yang juga merupakan Amil Zakat Fitrah kawasan itu.