BERA. 28 April 2022 – MUIP Cawangan Bera telah mengagihkan bantuan hari raya kepada asnaf dikalangan ahli-ahli Kongress India Muslim Malaysia (KIMMA) Cawangan Bera.

Penyampaian bantuan tersebut melibatkan ahli-ahli KIMMA yang tinggal di Felda Tementi dan Felda Tembangau dengan jumlah keahlian seramai 63 orang. Majlis tersebut telah diadakan di bilik gerakan UMNO Felda Tementi Bera Pahang bermula seawal jam 8.30 pagi.

Semoga dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta dapat memeriahkan lagi sambutan hari raya yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

#MuipBera
#CaknaAsnaf
#Terimakasihpembayarzakat