MUADZAM SHAH. 15 April 2022 – Puan Intan dari Felda Keratong 5 yang diuji dengan kematian suaminya minggu lalu, dibantu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah dengan diberikan agihan zakat berupa wang tunai, baucer pembelian di Pasaraya, dan set barangan keperluan asas dapur.
Beliau yang mempunyai tiga orang anak yang masih kecil, hilang punca pendapatan setelah pemergian suaminya itu. Semoga beliau dan anak-anaknya dapat meneruskan kehidupan mendatang dengan sebaiknya.