MUADZAM SHAH. 15 April 2022 – MUADZAM SHAH, 15 APRIL 2022 – Pengurus Cawangan Daerah bersama Pembantu Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah pada hari ini menyampaikan wang zakat kategori gharimin kepada Puan Satinah di Desa Cempaka, Muadzam Shah.
Kehilangan punca pendapatan akibat kematian suaminya bulan Mac yang lalu telah menyebabkan beliau tidak mampu menyelesaikan ansuran bulanan rumahnya. Pihak MUIP tampil membantu beliau menyelesaikan hutang tersebut yang jumlah kesemuanya hampir RM5,000.00 termasuk kos guaman.
Agihan zakat ini diberikan terus kepada beliau dirumahnya beserta set barangan keperluan asas bagi meringankan lagi beban yang ditanggung olehnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Janganlah sekali-kali engkau meremehkan kebaikan meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.